Pages

Search This Blog

Thursday, June 10, 2010

Jalan-jalan Ke Kemaman, Terengganu

5 Jun yang lepas aku ngan rashid telah berjaya menjejakan kaki ke terengganu ehehehe... perjalanan lebih kurang 3 jam.. kami check in kat hotel Suria Cherating.. seronok la jugak duk hotel ni... orang kate mmg hotel melayu la... kolam mandi kat sini tak ada pantang larang, semua leh mandi, pakai baju mandi ke, baju tido ke, budak kecik ke besar ke smuanya leh mandi..... tempat mmg strategik kat tepi pantai dan pekerjanya smua mesra alam...

Thursday, June 3, 2010

Sungai Congkak





Jalan-jalan kat sungai congkak ngan hasben, syok gak tempat ni. Airnya bersih, jernih dan dalam.. Tapi yang tak bestnya kene bayar parking walaupun kita cuma paking kat tepi2 jalan je... Rasa macam tak patut je diaorang wat cam tu... Bukan ke tu tempat awam... yang kutip duit tu smua orang asli kat situ... mood terus jadi tak best bila kene bayar paking... sedangkan kami baru 5 minit tinggalkan kreta untuk ambil gambar je kat tepi sungai... melampau rasenye....
Agaknya kalau orang nak beli kuih kat tepi2 jalan pun kena bayar duit kalau dia orang tinggalkan kereta... sebenarnya aku tak la lokek sangat, tapi jadi bengang bila tengok muka pakcik yang mintak duit tu masam mencuka... diaorg pun tak letak tanda paking kat situ dikenakan bayaran..
tapi pada korang yang belum penah g sini aku sarankan supaya korang datang bawak baju n khemah la... tak la rugi sangat kalau bayar parking tu... tapi wat pengetahuan korang ada plak cas untuk tapak, cas untuk gunakan pondok, wakaf, toilet, n lain2.. bak kate smua perlukan duit... huhu...

Sarapan Pagi

Bila budak-budak tgah cuti sem ni kerja tak le banyak sangat kat office... so pagi2 kul 7.45 tu leh le g sarapan kat kedai si wani...



kak dani n kak ida

sarapan kami..

Kak zack

Monday, May 24, 2010

My Best Friend masa sekolah

Hehe macam tak percaya je si najib ni dah kawin... ni lah best friend aku masa kat sekolah teknik dulu...
masa kenduri kawin dia aku tak dapat datang... terkilan jugak tapi nak wat cane aku kena pg hospital tengok Rashid nye anak buah... sorry la cik najib ye... aku doakan kau berbahagia hingga ke akhir hayat..

Sunday, April 11, 2010

Baik-baik Sayang

Aku tak ingin
kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin
erti hadir diriku
kan menghapus dukamu sayang
kerna bagiku kau kehormatanku
dengarkan dengarkan aku....

hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang ada aku untukmu

hanya satu pinta ku
di siang dan malam mu
baik-baik sayang kerna aku untukmu


semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku sayang
kerna bagi ku kau kerhormatanku
dengarkan dengarkan aku

hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang ada aku untukmu

hanya satu pinta ku
di siang dan malam mu
baik-baik sayang kerna aku untukmu.

haha jiwang tak...? hem sebenarnya lagu ni lagu aku ngan husband... aku minat sangat lagu ni pas tu bagi husband dengar... tiba2 bila aku balik rumah dia mainkan lagu tu dengan gitar huhu terharu beb.. dah la duk berjauhan.. huhu so skarang kalau rinduu, aku mesti nak dengar lagu ni..

Perkemahan di Gunung Datuk

Jumaat Sabtu dan Ahad yang lepas aku ke Rembau, bawak student semester satu berkemah.. memang best giler lah mendaki gunung tu... naik sampai ke puncak tu.. yelah tak ingat dunia betul teruja sangat nak berada kat atas puncak tapi hadiahnya ini lah dia sakit2  badan ngan kaki aku huhu... ni gambar masa taklimat dari EN. Rahman. Beliau ni orang yang bertanggungjawab menjaga kawasan kat gunung ni.. sempoi pak cik ni... siap wat lawak lagi... tapi sebab pakcik ni lah kita orang lewat naikan kemah... sian student kena hujan hehe.

Waktu malam plak kitaorang buat LDK kat dewan.  
Student sedang melukis bendera kumpulan masing-masing.
Khemah student

makan kat longkang je diowang ni hehe siannye ...

Hari Jabatan Perdagangan


Hari Khamis 08.April 2010, Politeknik Kota Melaka mengadakan Hari Jabatan perdagangan. Jadi ramailah student2 membuka gerai makanan.. Mcm2 ada, mee sup, laksa, nasi lemak, western food, makanan kampung dan mcm2 lagi. tapi aku tak beli satu pun.. sebabnya bz menjaga student dgan AJK haha. Memang meriah betul lah tapi next time tak nak buat lagi, borin hehe sbb da dua sem buat program macam ni hemm..