Minggu lepas adalah merupakan har jalan-jalan cari makan nasi minyak pengantin haha... yelah mana tak nya hari Sabu aku ke Seremban, majlis perkahwinan kawan karib aku masa sekolah.. dan hari Ahadnya pulak majlis perkahwinan rakan sepejabat di Muar.. kesian husband kena temankan aku.. tapi bukan selalu, lagi pun majlis ni kalau terlepas tak dapat nak pegi lagi dah..
Bila tengok kawan bersanding, sedar tak sedar dan 4 bulan aku hidup berdua ngan husband, tapi Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ). Tak palah kalau jauh rindu-rinduan betul tak? skarang ni aku tengah apply pertukaran, so kalau dapat leh la duk satu rumah ngan hubby tiap-tiap hari.
Wednesday, March 31, 2010
Tuesday, March 30, 2010
hidup yang penuh ujian dan cabaran

Dunia ini tempat ujian dan bala, begitulah janji Allah kepada kita semua, kita akan menempuhi pelbagai kesusahan dan ujian dalam hidup.
Ada di antaranya yang mudah untuk kita tempuhi, tetapi ada juga yang sukar untuk kita hadapi. kadangkala masalah yang kita hadapi itu terasa seperti begitu menghimpit sehingga kita boleh jadi hilang pertimbangan sama sekali.
Ada yang mengambil jalan keluar yang salah sehingga menyebabkan masalah itu menjadi bertambah rumit dan serabut. sehinggakan ada yang bunuh diri kononnya untuk melepaskan diri dari masalah. kalau bukan bunuh diri, dia akan membunuh orang lain pula. begitulah sikap dan tindak tanduk orang bermasalah yang tidak mendapat petunjuk dan bimbingan daripada Allah.
Sebagai ummat Islam, kalau kita menghadapi masalah, maka ingatlah sepotong hadis Qudsi yang bermaksud:
" Jika seorang Hamba-Ku mendekat kepadaku sehasta, maka Aku akn mendekati kepadanya sedepa dan jika ia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan datang kepadanya secara berlari"
(H.R Bukhari)
Inilah kaedah untuk kita menyelesaikan masalah.. hendaklah kita mendekatkan diri kepada Allah, nescaya Allah akn mengambil berat tentang masalah kita dan membantu menyelesaikannya.
Subscribe to:
Comments (Atom)

