5 Jun yang lepas aku ngan rashid telah berjaya menjejakan kaki ke terengganu ehehehe... perjalanan lebih kurang 3 jam.. kami check in kat hotel Suria Cherating.. seronok la jugak duk hotel ni... orang kate mmg hotel melayu la... kolam mandi kat sini tak ada pantang larang, semua leh mandi, pakai baju mandi ke, baju tido ke, budak kecik ke besar ke smuanya leh mandi..... tempat mmg strategik kat tepi pantai dan pekerjanya smua mesra alam...
Thursday, June 10, 2010
Thursday, June 3, 2010
Sungai Congkak
Jalan-jalan kat sungai congkak ngan hasben, syok gak tempat ni. Airnya bersih, jernih dan dalam.. Tapi yang tak bestnya kene bayar parking walaupun kita cuma paking kat tepi2 jalan je... Rasa macam tak patut je diaorang wat cam tu... Bukan ke tu tempat awam... yang kutip duit tu smua orang asli kat situ... mood terus jadi tak best bila kene bayar paking... sedangkan kami baru 5 minit tinggalkan kreta untuk ambil gambar je kat tepi sungai... melampau rasenye....
Agaknya kalau orang nak beli kuih kat tepi2 jalan pun kena bayar duit kalau dia orang tinggalkan kereta... sebenarnya aku tak la lokek sangat, tapi jadi bengang bila tengok muka pakcik yang mintak duit tu masam mencuka... diaorg pun tak letak tanda paking kat situ dikenakan bayaran..
tapi pada korang yang belum penah g sini aku sarankan supaya korang datang bawak baju n khemah la... tak la rugi sangat kalau bayar parking tu... tapi wat pengetahuan korang ada plak cas untuk tapak, cas untuk gunakan pondok, wakaf, toilet, n lain2.. bak kate smua perlukan duit... huhu...
Sarapan Pagi
Bila budak-budak tgah cuti sem ni kerja tak le banyak sangat kat office... so pagi2 kul 7.45 tu leh le g sarapan kat kedai si wani...
kak dani n kak ida
sarapan kami..
Kak zack
Monday, May 24, 2010
My Best Friend masa sekolah
Hehe macam tak percaya je si najib ni dah kawin... ni lah best friend aku masa kat sekolah teknik dulu...
masa kenduri kawin dia aku tak dapat datang... terkilan jugak tapi nak wat cane aku kena pg hospital tengok Rashid nye anak buah... sorry la cik najib ye... aku doakan kau berbahagia hingga ke akhir hayat..
Sunday, April 11, 2010
Baik-baik Sayang
kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin
erti hadir diriku
kan menghapus dukamu sayang
kerna bagiku kau kehormatanku
dengarkan dengarkan aku....
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang ada aku untukmu
hanya satu pinta ku
di siang dan malam mu
baik-baik sayang kerna aku untukmu
semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku sayang
kerna bagi ku kau kerhormatanku
dengarkan dengarkan aku
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmubaik-baik sayang ada aku untukmu
di siang dan malam mu
baik-baik sayang kerna aku untukmu.
haha jiwang tak...? hem sebenarnya lagu ni lagu aku ngan husband... aku minat sangat lagu ni pas tu bagi husband dengar... tiba2 bila aku balik rumah dia mainkan lagu tu dengan gitar huhu terharu beb.. dah la duk berjauhan.. huhu so skarang kalau rinduu, aku mesti nak dengar lagu ni..
Perkemahan di Gunung Datuk
Jumaat Sabtu dan Ahad yang lepas aku ke Rembau, bawak student semester satu berkemah.. memang best giler lah mendaki gunung tu... naik sampai ke puncak tu.. yelah tak ingat dunia betul teruja sangat nak berada kat atas puncak tapi hadiahnya ini lah dia sakit2 badan ngan kaki aku huhu... ni gambar masa taklimat dari EN. Rahman. Beliau ni orang yang bertanggungjawab menjaga kawasan kat gunung ni.. sempoi pak cik ni... siap wat lawak lagi... tapi sebab pakcik ni lah kita orang lewat naikan kemah... sian student kena hujan hehe.
Khemah student
makan kat longkang je diowang ni hehe siannye ...
Hari Jabatan Perdagangan
Hari Khamis 08.April 2010, Politeknik Kota Melaka mengadakan Hari Jabatan perdagangan. Jadi ramailah student2 membuka gerai makanan.. Mcm2 ada, mee sup, laksa, nasi lemak, western food, makanan kampung dan mcm2 lagi. tapi aku tak beli satu pun.. sebabnya bz menjaga student dgan AJK haha. Memang meriah betul lah tapi next time tak nak buat lagi, borin hehe sbb da dua sem buat program macam ni hemm..
Thursday, April 1, 2010
Surah Al-Ikhlas
Sebab-sebab Turunnya Surah Al-Ikhlas
Sebahagian riwayat menerangkan bahawa turunnya surah ini iaitu ketika Rasulullah sedang dalam perjalanan pindah dari Mekah ke Madinah, rasulullah melihat jauh di belakang seseorang sedang mengejar beliau dengan berkenderaan: "Hai Muhammad! Suraqah mengejarmu dari belakang dan hendak membunuh engkau, tetapi Allah s.w.t telah memerintahkan kepada bumi agar taat kepadamu"
Tidak lama kemudian sampailah Suraqah kepada Rasulullah dengan pedang terhunus. Tetapi dengan takdir Allah Suraqah dan kudanya terperosok ke dalam bumi hingga tidak berdaya apa-apa lagi. Rasulullah menoleh kebelakang dan Suraqah berkata: "Tolonglah aku hai Muhammad! Aku tidak akan berbuat sesuatu kepada engkau!" Kemudian Rasullulah menarik Suraqah dan kuda dari dalam bumi. Suraqah berkata: "Terangkanlah kepadaku hai Muhammad tentang tuhananmu yang mempunyai kekuatan yang besar ini. Adakah ia terdiri dari emas atau perak?"
Rasulullah menundukkan kepala terhening sebentar, kemudian turunlah Jibril dan berkata: "Hai Muhammad! Katakanlah...." sampai pada akhir ayat surah.
Kelebihan Surah Al-Ikhlas
- Barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas maka dia akan dilepaskan daripada kesusahan-kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian Hari Kiamat.
- Siapa membaca surah ini seolah-olah dia membaca sepertiga Al-Quran.
- Siapa membaca surah ini sebanyak 11 kali sesudah sembahyang subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk perbuatan dosa meskipun syaitan itu dengan sungguh-sungguh hendak menggodanya pada hari itu.
- Sesiapa membacanya sesudah selesai smbahyang Jumaat: serah Al-Fatihah, surah Al-Falaq, al-Ikhlas, dan An-Nas sebanyak 7 kali maka Allah akan melindungnya dari kejahatan sampai ke hari Jumaat yang akan datang.
Wednesday, March 31, 2010
Majlis Perkahwinan Rakan
Minggu lepas adalah merupakan har jalan-jalan cari makan nasi minyak pengantin haha... yelah mana tak nya hari Sabu aku ke Seremban, majlis perkahwinan kawan karib aku masa sekolah.. dan hari Ahadnya pulak majlis perkahwinan rakan sepejabat di Muar.. kesian husband kena temankan aku.. tapi bukan selalu, lagi pun majlis ni kalau terlepas tak dapat nak pegi lagi dah..
Bila tengok kawan bersanding, sedar tak sedar dan 4 bulan aku hidup berdua ngan husband, tapi Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ). Tak palah kalau jauh rindu-rinduan betul tak? skarang ni aku tengah apply pertukaran, so kalau dapat leh la duk satu rumah ngan hubby tiap-tiap hari.
Bila tengok kawan bersanding, sedar tak sedar dan 4 bulan aku hidup berdua ngan husband, tapi Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ). Tak palah kalau jauh rindu-rinduan betul tak? skarang ni aku tengah apply pertukaran, so kalau dapat leh la duk satu rumah ngan hubby tiap-tiap hari.
Tuesday, March 30, 2010
hidup yang penuh ujian dan cabaran

Dunia ini tempat ujian dan bala, begitulah janji Allah kepada kita semua, kita akan menempuhi pelbagai kesusahan dan ujian dalam hidup.
Ada di antaranya yang mudah untuk kita tempuhi, tetapi ada juga yang sukar untuk kita hadapi. kadangkala masalah yang kita hadapi itu terasa seperti begitu menghimpit sehingga kita boleh jadi hilang pertimbangan sama sekali.
Ada yang mengambil jalan keluar yang salah sehingga menyebabkan masalah itu menjadi bertambah rumit dan serabut. sehinggakan ada yang bunuh diri kononnya untuk melepaskan diri dari masalah. kalau bukan bunuh diri, dia akan membunuh orang lain pula. begitulah sikap dan tindak tanduk orang bermasalah yang tidak mendapat petunjuk dan bimbingan daripada Allah.
Sebagai ummat Islam, kalau kita menghadapi masalah, maka ingatlah sepotong hadis Qudsi yang bermaksud:
" Jika seorang Hamba-Ku mendekat kepadaku sehasta, maka Aku akn mendekati kepadanya sedepa dan jika ia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan datang kepadanya secara berlari"
(H.R Bukhari)
Inilah kaedah untuk kita menyelesaikan masalah.. hendaklah kita mendekatkan diri kepada Allah, nescaya Allah akn mengambil berat tentang masalah kita dan membantu menyelesaikannya.
Subscribe to:
Comments (Atom)






