Sebab-sebab Turunnya Surah Al-Ikhlas
Sebahagian riwayat menerangkan bahawa turunnya surah ini iaitu ketika Rasulullah sedang dalam perjalanan pindah dari Mekah ke Madinah, rasulullah melihat jauh di belakang seseorang sedang mengejar beliau dengan berkenderaan: "Hai Muhammad! Suraqah mengejarmu dari belakang dan hendak membunuh engkau, tetapi Allah s.w.t telah memerintahkan kepada bumi agar taat kepadamu"
Tidak lama kemudian sampailah Suraqah kepada Rasulullah dengan pedang terhunus. Tetapi dengan takdir Allah Suraqah dan kudanya terperosok ke dalam bumi hingga tidak berdaya apa-apa lagi. Rasulullah menoleh kebelakang dan Suraqah berkata: "Tolonglah aku hai Muhammad! Aku tidak akan berbuat sesuatu kepada engkau!" Kemudian Rasullulah menarik Suraqah dan kuda dari dalam bumi. Suraqah berkata: "Terangkanlah kepadaku hai Muhammad tentang tuhananmu yang mempunyai kekuatan yang besar ini. Adakah ia terdiri dari emas atau perak?"
Rasulullah menundukkan kepala terhening sebentar, kemudian turunlah Jibril dan berkata: "Hai Muhammad! Katakanlah...." sampai pada akhir ayat surah.
Kelebihan Surah Al-Ikhlas
- Barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas maka dia akan dilepaskan daripada kesusahan-kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian Hari Kiamat.
- Siapa membaca surah ini seolah-olah dia membaca sepertiga Al-Quran.
- Siapa membaca surah ini sebanyak 11 kali sesudah sembahyang subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk perbuatan dosa meskipun syaitan itu dengan sungguh-sungguh hendak menggodanya pada hari itu.
- Sesiapa membacanya sesudah selesai smbahyang Jumaat: serah Al-Fatihah, surah Al-Falaq, al-Ikhlas, dan An-Nas sebanyak 7 kali maka Allah akan melindungnya dari kejahatan sampai ke hari Jumaat yang akan datang.


No comments:
Post a Comment