Pages

Search This Blog

Sunday, April 11, 2010

Baik-baik Sayang

Aku tak ingin
kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin
erti hadir diriku
kan menghapus dukamu sayang
kerna bagiku kau kehormatanku
dengarkan dengarkan aku....

hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang ada aku untukmu

hanya satu pinta ku
di siang dan malam mu
baik-baik sayang kerna aku untukmu


semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku sayang
kerna bagi ku kau kerhormatanku
dengarkan dengarkan aku

hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang ada aku untukmu

hanya satu pinta ku
di siang dan malam mu
baik-baik sayang kerna aku untukmu.

haha jiwang tak...? hem sebenarnya lagu ni lagu aku ngan husband... aku minat sangat lagu ni pas tu bagi husband dengar... tiba2 bila aku balik rumah dia mainkan lagu tu dengan gitar huhu terharu beb.. dah la duk berjauhan.. huhu so skarang kalau rinduu, aku mesti nak dengar lagu ni..

Perkemahan di Gunung Datuk

Jumaat Sabtu dan Ahad yang lepas aku ke Rembau, bawak student semester satu berkemah.. memang best giler lah mendaki gunung tu... naik sampai ke puncak tu.. yelah tak ingat dunia betul teruja sangat nak berada kat atas puncak tapi hadiahnya ini lah dia sakit2  badan ngan kaki aku huhu... ni gambar masa taklimat dari EN. Rahman. Beliau ni orang yang bertanggungjawab menjaga kawasan kat gunung ni.. sempoi pak cik ni... siap wat lawak lagi... tapi sebab pakcik ni lah kita orang lewat naikan kemah... sian student kena hujan hehe.

Waktu malam plak kitaorang buat LDK kat dewan.  
Student sedang melukis bendera kumpulan masing-masing.
Khemah student

makan kat longkang je diowang ni hehe siannye ...

Hari Jabatan Perdagangan


Hari Khamis 08.April 2010, Politeknik Kota Melaka mengadakan Hari Jabatan perdagangan. Jadi ramailah student2 membuka gerai makanan.. Mcm2 ada, mee sup, laksa, nasi lemak, western food, makanan kampung dan mcm2 lagi. tapi aku tak beli satu pun.. sebabnya bz menjaga student dgan AJK haha. Memang meriah betul lah tapi next time tak nak buat lagi, borin hehe sbb da dua sem buat program macam ni hemm..

Thursday, April 1, 2010

Surah Al-Ikhlas

Sebab-sebab  Turunnya Surah Al-Ikhlas
Sebahagian riwayat menerangkan bahawa turunnya surah ini iaitu ketika Rasulullah sedang dalam perjalanan pindah dari Mekah ke Madinah, rasulullah melihat jauh di belakang seseorang sedang mengejar beliau dengan berkenderaan: "Hai Muhammad! Suraqah mengejarmu dari belakang dan hendak membunuh engkau, tetapi Allah s.w.t telah memerintahkan kepada bumi agar taat kepadamu"

Tidak lama kemudian sampailah Suraqah kepada Rasulullah dengan pedang terhunus. Tetapi dengan takdir Allah Suraqah dan kudanya terperosok ke dalam bumi hingga tidak berdaya apa-apa lagi. Rasulullah menoleh kebelakang dan Suraqah berkata: "Tolonglah aku hai Muhammad! Aku tidak akan berbuat sesuatu kepada engkau!" Kemudian Rasullulah menarik Suraqah dan kuda dari dalam bumi. Suraqah berkata: "Terangkanlah kepadaku hai Muhammad tentang tuhananmu yang mempunyai kekuatan yang besar ini. Adakah ia terdiri dari emas atau perak?"

Rasulullah menundukkan kepala terhening sebentar, kemudian turunlah Jibril dan berkata: "Hai  Muhammad! Katakanlah...." sampai pada akhir ayat surah.

Kelebihan Surah Al-Ikhlas
  1. Barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas maka dia akan dilepaskan daripada kesusahan-kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian Hari Kiamat.
  2. Siapa membaca surah ini seolah-olah dia membaca sepertiga Al-Quran.
  3. Siapa membaca surah ini sebanyak 11 kali sesudah sembahyang subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk perbuatan dosa meskipun syaitan itu dengan sungguh-sungguh hendak menggodanya pada hari itu.
  4. Sesiapa membacanya sesudah selesai smbahyang Jumaat: serah Al-Fatihah, surah Al-Falaq, al-Ikhlas, dan An-Nas sebanyak 7 kali maka Allah akan melindungnya dari kejahatan sampai ke hari Jumaat yang akan datang.